Thursday, October 15, 2015

Allah Maha Pencipta

Assalamualaikum ibu bapa dan pendidik semua.

Apa khabar semua? Buat aktiviti apa hari ni di rumah. Mesti tengah cari idea nak buat apa aktiviti di rumah bersama anak-anak kan..? 

Anak-anak saya Umar 6 dan Ammar 5 baru balik dari solat jumaat. tengah rehat sekejap. Fathi 2 sedang tidur.

Untuk entry pertama saya nak kongsikan poster yang dah lama saya buat. Alhamdulillah boleh guna untuk cerita pada anak-anak tentang keesaaan dan kebijaksanaan Allah yang maha pencipta. Poster ni saya laminate dan guna bersama buku Allah Arrahman Arrahim.

What Allah Makes
Poster Allah Maha Pencipta

Allah Arrahman Arrahim Musa Abdullah Abim

Semoga mendapat manfaat dari poster yang saya kongsikan..

No comments:

Post a Comment